Isnin, 2 Ogos 2010

Takut................


Semalam aku sukar bernafas,
Sukar jgk untuk berkata-kata,
Aku takut untuk lelapkan mata semalam,
Aku takut nanti aku akan tidur selamanya,

Aku hanya mampu berdoa di hati agar takde pape berlaku pada diriku,
Keluargaku dan tunangku masih memerlukan ku,
Aku sayangkan mereka,

Dengan keadaan aku yang semakin teruk,
Tunangku membawaku terus ke hospital bahgian kecemasan,
Doktor memberiku oksigen pada diriku,
Tika itu aku merenung mata tunangku dan memegang erat tangannya,
Aku takut,
Aku takut sangat waktu itu,
Aku ingin sentiasa berada di sisi tunangku tersayang,
dia ibarat nyawa bagiku,
Andai dia tiada lagi di sisiku,
Mungkin tiada lagi aku di dunia ini.

Aku taknak bjauhan darinya,
Aku mencintai dia,
Ke mana sahaja aku pergi,
Cinta dia tetap di hati.

Ya Allah,
Andai kata kau hendak menarik nyawaku,
Tarik la nyawaku ketika aku berada di sisi tunangku,
Aku hendak bersama dia hingga akhir nyawaku ini ya allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...