Khamis, 8 November 2012

DOAKU BUAT ANAKKU



Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Sabtu, 3 November 2012

SAYANG DIA...


Assalammualaikum..
Lama juga tak update blog ni..
Arini nak citer tentang kandungan aku ni..

Aku sekarang dah semakin sarat..
Usia kandunganku ini sudah masuk 8 bulan 1/2...
Tak lama jew lagi aku kena tunggu...
Sekarang pun aku dah mula kerap sakit-sakit..

Baby semakin aktif..
Baby suka sangat duduk sebelah kanan..
So aku banyak terasa sakit sebelah tulang rusuk kanan..
Aku tak tahu nak mengadu kat sape lagi selain suami aku..
Aku harap dia dapat fahami camne seseorang isteri ni hamil..
Tapi aku tak kisah sangat...
Yang penting aku nak suami aku bahagia..
Bahagia mempunyai zuriat..

Arghhh merepek dah aku ni..hihi

Ermmm...anak papa mama akan lahir tak lama jew lagi...
Dengan kelahiran cahaya mata ni, aku harap bertambah seri lagi la rumah tangga kami..
Insyaallah..
Aminnn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...