Isnin, 15 Mac 2010

Cinta ku Kembali Pulang..

Sejak aku kecewa dulu, aku teramat membenci insan yang bernama lelaki.Insan yang telah menghancurkan hati aku.Ku menutup seluruh hati aku dari bercinta lagi selama beberape tahun.Aku cuba melupakan lelaki yang pernah berada di hati aku namun ia sukar.Aku berdoa agar hati aku ni kembali pulih semula dengan hadirnya cinta suci dari insan lain, insan yang dapat mengubati luka di hatiku,insan yang dapat beri kebahagiaan di hati ku.Kini ku temui insan itu, insan yang telah memberi penawar pada luka hatiku.Ku cukup bahagia bersamanya kini.Cintanya mengubat luka di hatiku dan membuatku lupa pada kisah silam ku.Kini harapan kami ingin mendirikan rumahtangga bersama.
Hari ini fikiran aku cukup bercelaru,
aku xtau pe yg aku fikirkan sebenarnya,
tp yg mungkin aku sebenarnya takut,
takut pada apa pun aku masih tercari-cari,
aku buntu sangat-sangat...
Jika awak memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah awak mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali awak lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail awak
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangi awak..
hendaklah awak menjaga hatinya..
jangan sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati awak..

Jika awak menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluan mu..
apabila sekali retak..
tentu sukar untuk awak menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika awak cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika awak memiliki seseorang terimalah seadanya..
janganlah awak terlalu mengaguminya
dan janganlah awak menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi awak menerimanya..
akhirnya awak kecewa meninggalkannya..
sedangkan jika awak memaafkannya
boleh jadi hubungan awak akan berterusan sehingga ke akhirnya..

Jika awak telah memiliki sepinggan nasi..yang awak pasti baik untuk diri awak..
mengeyangkan berkhasiat..
mengapa awak berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan

Ahad, 14 Mac 2010

Cinta sejati,
janganlah kau hancurkan cinta yang telah ku beri ini dengan titik-titik pembohongan,
ku takut hatiku sukar percayai pada cinta lagi,
cukuplah hatiku luka dahulu dengan kisah silamku,
ku berharap cinta kali ini adalah cinta terakhirku,
cinta yang akan kekal ke akhir hayat,
janganlah di hancurkan kepercayaan yang telah di beri,
hanya padamu kasih ku berharap,
ku berharap kau yang terakhir,
terakhir di hatiku kasih.
Hari berganti hari,
ku lalui hidup ini bersame orang tersayang,
walaupun penat tapi ku sanggup berkorban demi insan yang ku sayang,
melihatnya setiap masa,
ku rasa bahagia sangat-sangat.

Hari makin berlalu,
musim kian berubah,
kebahagiaan ku tunggu-tunggu.

http://yapono.files.wordpress.com/2009/03/pemandangan_abubu.jpg


Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa

Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun

Jiwaku sesak…dan kosong…

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja

Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWjNGFqswVPTFofaa6nQFPAeTKeQrv_YUMg79XK0NDnsnPsKkJCPAjGYKc9Nq-UShqhBJ48qphoFpBRmq8b6hwyHOG-2zVo-hh9a4Lr1q3yoCPT2tVbIBcH3dlFPaumqWpQBVxFA5ZP4M/s1600/1mmm.jpg

Malam..

Malam yang sunyi,
hanya kedengaran bisik-bisikan segelintir orang sahaja,
ku merenung jauh pe yang terlintas di fikiran ku,
melihat impian ku,
impian yang mekar.

Dalam sunyi ini,
kadang-kadang aku tersenyum membayangkan orang tersayang,
melihat ia senyum mekar ke arah ku,
alangkah indahnya..

Sabtu, 13 Mac 2010

Hati ku

Aku tahu aku tak sesempurna mane,
aku tahu aku masih kurang,
tapi aku berharap cinta yang aku beri ini tak sekurang cinta hati aku.
Kan ku pertahankan cinta ini,
inilah cinta terakhirku,
cinta akhir hayat.
http://ridwansyahyusufachmad.files.wordpress.com/2009/10/rindu.jpg


Kekasih cinta ku terhadap mu semakin subur, mekar dan mewangi di taman asmara ini. Setiap hari yang berlalu menjanjikan kematangan kepada cinta kita. Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu dan kau ditakdirkan untuk ku. Peganglah janji cinta kita bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan. Mari kita buktikan kepada dunia cinta kita bukan ilusi. Cinta kita nyata dan abadi. Kasihku, madah-madah cinta mu menjadi pengikat cinta kita. Madah-madah cinta mu sentiasa bermain di fikiran ku, menjadi teman setia dikala sunyi menjadi pengubat rindu dikala berjauhan. Cinta mu mungkin bukan yang pertama bagi ku tapi aku berharap semoga cinta ini adalah yang terakhir kerana aku tidak mahu berpisah lagi dengan mu… Aku sudah begitu memuja mu… Aku sudah terlalu cinta kepada mu…
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCcI7-dQkAsBVNTkrjN8z9Ebqi0sNhhFTwfQq2IIwqH4hafZht78H3w0VzY-3HM4k9cbtkO-JdW0Y3k99u5M6x347xAmCfqsJJfIk15-WdC8OkngZk5Hg76JZHd7qzKYj7QMEN4vfLzAw/s640/tasbih+cinta.jpg

My Lovely Dad

http://c2.ac-images.myspacecdn.com/images02/144/l_6bfe7c5247914242acc1a14bb610384d.jpg

11/08/2009
Hari aku telah kehilangan ayahku..
Aku bagaikan tersentap nyawaku kerana tidak percaya pe yang telah terjadi..
Kalau di beri peluang sekali lagi, akan ku nyatakn padanya yang aku tlalu sayangkan dia.
Paling aku sukar hadapi bila ibuku kerap mengalirkan airmata sejak pemergian ayahku..
Hari silih berganti,
waktu sering berubah,
saat yang ku nanti masih terasa jauh,
ku cuba tabahkan hati ini.

Kesepian...

Suasana yang hering,
Ramai yang berada di sisi,
Tapi hati ini masih terasa sunyi,
Ku tak tahu apa yang ingin di nyatakan,
Ku hanya mampu melihat dan mendekatinya,
Tapi ku tetap sunyi,
Pe yang ingin ku lakukan...

Jumaat, 12 Mac 2010

Semoga kekal hingga ke akhir hayat..

Merenung senja yang indah.

http://farm2.static.flickr.com/1123/3164921481_c494ef4b4b_o.jpg

Keluargaku

Keluarga ku yang tercinta,
anakmu sangat merindui kamu semua,
hanya iringan doa dapat ku ucapkan di waktu sekarang..
Sayang kamu semua..
Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala kerinduan,
untuk menyingkir segala kesunyian

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.

Kau mengubati kepahitanku musim lalu
kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
oanak duri kehidupan ini

Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,
Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
untuk hidup bersamamu.

Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu
padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.

kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu

TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridah
pengalaman bersamamu,terbayang diingatan.

Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku
kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.

Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..
Harapan yang tak pasti.

Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan
Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukur
atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan

Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana
nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.

Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan
sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama
daun daun kering ditaman terasing.

Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi
andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.

Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..
Cinta kita pasti akan menyemarak.

Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu.Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.

Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.

Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagian sebuah kebahagian yang akan kau berikan.

When we first meet,
You hold me close in your arms,
Your eyes tell me,
How much you loves me more than just a words.

You smile thro night and day,
As happy as I could ever dream,
I’m longing to touch and kiss your warm softly lips,
When it finally did, I knew I belonged in your arms.

I ve kiss you with all the tear’s
I hold you with all my love and heart,
I meant every words I have said,
I love you more than I could show.

I love you with my very heart and soul,
Love you more than you could ever know,
Soft, gently feelings of love,
That I have from deep within me.

Your voice and your image is with me,
And your love that I dream of,
Someone that would do anything for me,
And I’d do the same for you.

Just when I think of you,I just didn’t know that,
I would miss you as much as I do now,
You have brought something into my life,
Love, tears, joy and good times that we share,
And yes….I Love You more than you could ever know.

Dedicated to someone special, words from my heart.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan....

IZINKAN KU






Andai dapat ku petik bintang,
kan ku sematkan di dadamu..
                                                           andai dapat ku capai bulan,
kan ku hadiahkan di hari jadimu..
Izinkan aku sayang,merinduimu..
Izinkanlah aku sayang,mencintaimu...
untuk selamanya...






Khamis, 11 Mac 2010

CINTA



Cinta amal mahal takrifnya, itulah yg difitrahkan oleh Allah s.w.t kpd hambanya…
Cinta hnya tertulis pd perkataan, tapi gagal dilihat pada zahirnya,krn cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya,ingat pada yg satu,jujur pada yg setia,setia pada yg kasih,kasih pada yg rindu,rindulah pada yg menyayangimu....
Cinta takkan dtg klau tak dicari,cinta juga takkan dapat klau tiada siapa yg memberi,tp mencari biarlah pada yg sudi,bkn meminta pada yg simpati…………..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...