Isnin, 15 Mac 2010

Cinta ku Kembali Pulang..

Sejak aku kecewa dulu, aku teramat membenci insan yang bernama lelaki.Insan yang telah menghancurkan hati aku.Ku menutup seluruh hati aku dari bercinta lagi selama beberape tahun.Aku cuba melupakan lelaki yang pernah berada di hati aku namun ia sukar.Aku berdoa agar hati aku ni kembali pulih semula dengan hadirnya cinta suci dari insan lain, insan yang dapat mengubati luka di hatiku,insan yang dapat beri kebahagiaan di hati ku.Kini ku temui insan itu, insan yang telah memberi penawar pada luka hatiku.Ku cukup bahagia bersamanya kini.Cintanya mengubat luka di hatiku dan membuatku lupa pada kisah silam ku.Kini harapan kami ingin mendirikan rumahtangga bersama.
Hari ini fikiran aku cukup bercelaru,
aku xtau pe yg aku fikirkan sebenarnya,
tp yg mungkin aku sebenarnya takut,
takut pada apa pun aku masih tercari-cari,
aku buntu sangat-sangat...
Jika awak memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah awak mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali awak lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail awak
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangi awak..
hendaklah awak menjaga hatinya..
jangan sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati awak..

Jika awak menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluan mu..
apabila sekali retak..
tentu sukar untuk awak menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika awak cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika awak memiliki seseorang terimalah seadanya..
janganlah awak terlalu mengaguminya
dan janganlah awak menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi awak menerimanya..
akhirnya awak kecewa meninggalkannya..
sedangkan jika awak memaafkannya
boleh jadi hubungan awak akan berterusan sehingga ke akhirnya..

Jika awak telah memiliki sepinggan nasi..yang awak pasti baik untuk diri awak..
mengeyangkan berkhasiat..
mengapa awak berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...