Selasa, 22 Januari 2013

TOLONG JAGAKAN DIA



YA ALLAH YA TUHANKU,
BERAT HATIKU INGIN MENYERAHKAN ANAKKU UNTUK ORANG LAIN JAGAKAN,
AKU TAK SANGGUP BERJAUHAN DENGAN ANAKKU TAPI APAKAN DAYA,
AKU ADA TANGGUNJAWAB LAIN YANG PERLU DI URUSKAN.

YA ALLAH YA TUHANKU,
TOLONG JAGAKAN ANAKKU,
KAU LINDUNGILAH ANAKKU INI YA ALLAH,
HANYA PADAMU AKU BERMOHON PERLINDUNGAN.

ANAK MAMA SAYANG, 
MAAFKAN MAMA KERANA TAK DAPAT MELIHAT ANAK MAMA MEMBESAR DI SIANG HARI,
ANAK MAMA SAYANG JANGAN NAKAL-NAKAL YER,
MAMA SAYANGKAN ANAK MAMA.

Selasa, 18 Disember 2012

KERINDUAN

Ya Allah S.W.T,
Rindunya aku pada suamiku,
KAU jagakan suamiku untukku,
Aku jauh darinya...
Ya Allah S.W.T,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui,
Apa yang tersimpan di hatiku,
Sebuah rindu yang menggunung,
Ku cuba kawal rindu ini hinggakan airmata ini mengalir jua..
Ya Allah S.W.T,
Kuatkan hatiku...
Amin ya rabbal alamin...

Khamis, 13 Disember 2012

KAU YANG TERINDAH

Tiada yang terindah melain dirimu sayang..
Kaulah suamiku, kaulah anakku..
Penawar segala kerinduan dan duka lara...
Tanpamu aku rebah..
Tiada erti lagi dalam hidupku tanpamu berdua sayangku...
Dulu cintaku hanya pada suamiku, tapi kini cintaku pada suamiku dan anakku..
Kamu berdua jantung yang membuat aku bernafas sehingga kini..
Abg, cinta cyg tak pernah berkurang, malah makin hari makin kuat..Kini kita sudah bertiga, kita akan bawa rumahtangga dan cinta kita sehingga ke syurga..aminn....

AKHIRNYA AKU MENJADI MAMA

26hb Nov 2012 aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup comel... Aku bersyukur sangat pada Allah S.W.T... Aku gembira sebab aku telah memberikan zuriat suamiku yang kucintai... "Abang, inilah tanda cinta kita, akan kita didik dia dengan sempurna"..

Aku lahirkan anak aku tak cukup kiraan hari, sepatutnya mengikut kiraan doktor, anak aku akan lahir pada 25hb Dec 2012. Tapi aku bersyukur sangat anak aku cukup sempurna, dia lahir genap 36 minggu @ 9 bulan dengan berat 2.66kg...

Ya Allah S.W.T, lindungilah anakku, sihatkanlah tubuh anakku..  ;'(

Khamis, 8 November 2012

DOAKU BUAT ANAKKU



Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...