Ahad, 11 Julai 2010

RESAH


Hari ini,
Dia jatuh sakit,
Hatiku resah dan tidak tenang melihatnya yang tidak sihat,
Ingin saje airmata ini mengalir melihat keadaannya,
Ya Allah,
Sihatkan la tubuh badan orang yang ku sayang ini ya allah,
Aku tak sanggup melihat keadaannya seperti itu,
Hanya padamu aku bermohon,
Kaulah Maha Pengasih dan Maha Mengasihani,
Aminnnnnn.....

Maafkan ku..


Wahai tunangku tersayang,
Aku memohon maaf kerana terkasar bahasa padamu,
Tiada niat di hatiku ingin berkata demikian,
Hati terasa resah dan serba salah,
Padamu ku memohon maaf sekali lagi..
Ingin sahaja ku pelukmu ketika itu,
Tapi hatiku yang serba salah membuatku tidak berbuat demikian,
Maafkan cayang ni abang... :(

Ibuku tersayang


Ya Allah,
Aku amat merindui ibuku,
Aku amat menyayanginya,
Kau lindungilah ibuku dari sebarang kesusahan yang menimpa,
Aku jauh daripada ibuku,
Aku taknak ibuku terasa kecil hati padaku ya allah.

Ya Allah,
Padamu ku memohon,
Lindungilah ibuku ya allah,
Aku tak sanggup meninggalkan ibuku keseorangan jauh dariku,
Tapi di sebabkan tanggungjawabku berada jauh dari ibuku, aku terpaksa,
Hanya padamu ku meminta dan merayu,
Sihatkan la tubuh badan ibuku,
Dia la satu-satunya ibu yang telah melahirkan aku,
Dia adalah syurgaku,

Wahai ibuku tersayang,
Anakmu ini tak pernah melupakanmu walaupun kita berjauhan,
Doa anakmu ini sering mengiringimu,
Maafkan dosa anakmu ini wahai ibuku tersayang,
Ibu la segalanya padaku,
Ibu la yang telah bersusah-payah sekolahkan ku sehingga aku berjaya sehingga 
sekarang ini wahai ibuku..
Aku takkan sia-siakan pengorbananmu ibuku..
Dari anakmu yang jauh di kota..

Rabu, 7 Julai 2010

MALAM


Malam yang sunyi tanpa gelak tawamu..
Aku bersendirian tanpamu..
Di ingatan terbayang wajahmu..
Ingin skali ku tatap wajahmu..

Kata-kata yang terhembur dari bibirnya membuatkan sukar lupakan..
Kau la cintaku..
Kau la nyawaku..

Jumaat, 2 Julai 2010

Hari demi hari,
Aku menghitung hari,
Menanti kebahagian yang akan tiba,
Dengan penuh ketabahan ku melalui setiap detik,
Detik yang penuh cabaran di alam pertunangan ini,
Ku harungi setiap ujian yang mendatang bersamanya.

Hati yang menangis....

Kadang-kadang aku takut sangat,
Aku takut tunangku kalau hilang kepercayaan padaku,
Inginku titiskan airmata ini tapi tak berdaya,
Ku hanya bermampu berdoa agar hubungan kami tidak rosak,
Aku terlalu menyayangi hubungan ini,
Hubungan yang telah di restui oleh kedua pihak keluarga.

Demam

Hari ini badan aku cukup lemah,
Aku tak cukup sihat sebab demam.
Tunangku tak dapat jaga aku sebab dia outstation,
Sedih hati aku rasa,
Ku hanya mampu terbaring di dalam bilikku ini sahaje.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...