Sabtu, 15 September 2012

ANAKKU SAYANG



Kini usia kandunganku mencecah 6 bulan..
Baby ku kini semakin aktif, suka berpusing-pusing, main tendang-tendang..
Terasa sakit juga la bila terlalu aktif tapi aku gembira sangat sebab aku dapat merasa semua ini..
Aku dapat merasa macam mane mengandung ni..

Kini saat aku menanti lagi 3 bulan kelahiran cinta pertama aku dan suamiku..
Tidak sabar menanti si comel lahir di muka bumi ini..

Rabu, 11 Julai 2012

AKAN MENJADI IBU.. :)


Assalammualaikum..
Tak lama lagi aku akan menjadi seorang ibu..
Tak sabar menanti kehadiran cahaya mata pertama dalam hidupku..
Sudah lama aku dan suami menanti detik-detik ini..
Akan ku asuh anakku ini dengan agamaMU Ya Allah S.W.T...

Sabtu, 23 Jun 2012

DUGAAN DI BULAN JUNE 2012


Pelbagai dugaan yang menimpa kami pada bulan June ni..
Ku cuba tabahkan hati ini yang kadang-kadang mengalir juga airmata ni..
Dugaan yang besar pada bulan ni bila rumahku di pecah masuk perompak ketika kami pulang ke kampung..
Habis barang-barang rumah ku di sepahkan..
Jam tangan hadiah perkhawinan & hadiah harijadi hilang di ambil perompak..
Duit dalam anggaran seribu lebih hilang..Tapi aku masih bersyukur sebab masa kejadian aku dan suami tiada di rumah, kalau tak, tak tahu la apa akan terjadi pada kami..

Ahad, 13 Mei 2012

SUNYI MALAM



Minggu ini aku tak berapa sihat sangat..
Makan tak mahu, selera makan hilang..
Suhu badan naik turun sahaja...

Aku cuba gagahi jua..
Suamiku terpaksa menjaga makan minum aku sebab aku tak mahu makan sangat..
Badan semakin lemah..

Hari ini pula aku keseorangan..
Suami terpaksa keluar bekerja jauh..
Sunyi la aku terasa malam ni...

Hanya bertemankan anak-anak patungku sahaja..  :)

Syukur


Lama sudah aku tak update blog aku ni..
Sekarang sibuk dengan dengan bisnes aku..
Nak jadi seorang ahli perniagaan berjaya la katakan..hihi
Tapi lom berjaya lagi, masih usahakan..

Sekarang aku cukup bahagia..
Bahagia bersama insan tersayang..
Yang sentiasa menemani serta memahami diriku...
Alhamdulillah..kebahagian ini yang ku idamkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...